Rabu, 18 Disember 2019

Pada 15 September 2019, UPM telah menghantar wakil  seramai 30 orang bagi menyertai #MyDigitalMakerFair2019 di MITEC, Kuala Lumpur


Antara aktiviti yang dijalankan adalah forum perkongsian kerjaya oleh tiga orang tokoh usahawan muda seperti Hans Isaac, Nadiah Hamzah dan Sharifah Nadira. Mereka telah membuka mata anak muda dalam soal kerjaya yang mana anak muda sendiri boleh mencipta kerjaya daripada menunggu peluang pekerjaan sedia ada dan membangkitkan semangat mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran dalam memajukan diri sendiri. Forum berlangsung selama 3 jam.


Selepas rehat, semua peserta dibawa untuk melihat pameran. Pelbagai robotik dibawa dalam pameran dan aktiviti-aktiviti menarik dijalankan sepanjang program. Peserta dapat mempelajari teknik-teknik menghasilkan animasi menerusi komputer dan mencetaknya, melihat cara pembikinan rakaman dan lain-lain. Saya telah mencuba kanta 4D yang mana memperlihatkan permainan video secara jelas dan seakan-akan hidup sehinggakan saya menjerit keterujaan. Hahaha
Kami mengembara seluruh pameran.

Program tamat jam 5 petang dan kami bergerak balik ke UPMhttps://bukudiariaidashari.blogspot.com/